01 December 2009

bila kita fikir tentang orang

bila kita fikir tentang orang,
kita terlupa untuk memikir tentang kita.

bila kita fikir tentang orang,
kita terlupa kekurangan kita.

orang tuh begitu,
orang tuh begini,
bodoh betul orang itu.
tapi kita?
adakah kita tak begitu?
adakah kita tak begini?
adakah kita pandai sangat?

lupa siapa kita.
lupa siapa diri kita.
lupa gimana hati kita.

orang menilai dari luaran.
orang menilai dari cara kita.
orang menilai dari perbuatan kita.
orang menilai dari gaya kita.
orang menilai dari perkataan kita.

tapi orang tak tahu hati kita.
begitu juga kita.
kita tak tahu hati orang.
sedangkan darah yang mengalir dalam diri sama jenis.
sama kufu.
dan mungkin sama jenis.
masih.
masih juga kita tak dapat menilai hati itu.
jadi siapa kita nak menilai orang lain?
dan siapa orang itu yang nak menilai kita?
persetankan semua?
mungkin mulut boleh berkata "ya persetankan semua!"
tapi hati?
hati masih terpalit.
tersentak.
tersentap.
touching lah konon.

siapa aku buat kau?
siapa kau buat aku?
plastik!
kita semua plastik!
tuh yang aku rasa.
tak nak terima sudah.
persetankan!

notakaki: selamat datang DECEMBER!

notakaki: ;)

26 November 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

ye

eeh

aku baru pasan aku suka guna word 'YE' untuk memulakan entri.

tak pe.

abaikan.

ye.

seperti title di atas.

saya

knini khazini kamarudin

ingin mengucapkan,

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

(baca dengan nada excited gile macam dalam salam perantau atau salam raya dekat tv tuh)


buat

awak yang sedang baca blog saya nih.

dengan pertanyaan,

balik kampung x?

ha.

ha.

ha.

balik kampung dulu lah yek.

selamat hari raya.


notakaki: banyaklah nanti daging2 korban dalam peti.

notakakilagi: movie apa yg kalau donlot memang sedap di nonton?

25 November 2009

knini dan sejarah

ye.

sejarah dan aku memang jarang nak duk dekat.

dulu sejarah xpernah nak dpt A pon.

cikgu sejarah pon xpernah nak bagi A kat aku.

korang taw sebab pe?

yang aku taw, aku malas. malas nak ambik tau.

ah.

dan sejarah terbaru adalah sejarah aku dengan bus.

bus ekspres.

wahahaha.

[ada orang suh aku tulis pengalaman sejarah aku dengan bus ekspres nih]

hari nih buat pertama kali nya, aku menjadi penumpang bus ekspres mutiara dari putrajaya ke besut.

pheeeww siyes cuak dowh.

xsecuak naik kapal selam dulu.

nak2 masa pagi tadi, tunggu bus mutiara tuh kat putrajaya sentral sensorang hokeh (kazimi bajet nak g ofis awal la plak kan) aku g bc lak paper news pasal bus sekolah terbalik. hadoi. wat hati den kecut.

pas2 tunggu lak bus lambat 20 minit. dan naik2 tunjuk tiket pakcik bus mcm "eh, ah, xpe2 duduk dulu", . aku yang dah macam blur2 udang nih terus pakai aci redah duduk. n aku rasa aku dah amik seat orang dan aku terus bukak roti aku. lantak kau!

[bus pon gerak] zoooommm!

dalam bus aku mcm rasa best je bus tuh(tak penuh n sebelah aku xde org) terus berdoa dalam hati harap bus tuh xbenti amik orang kan. tapi nampak sangat doa aku tak di makbulkan sedar2 bus dah benti hentah kat hentian mane tah kat kl tuh. naik ala orang dengan semua duk bercakap PerAnCisssss. aku wat muka blur. sambil tercari2 mane pakcik mahligai nih.

tiba-tiba ada orang cuit bahu. bahu orang selang 3 seat kedepan aku. HUH! pakcik mahligai tuh bantai tido awal2 dah. bangun2 terus dia cakap, " haaa orang bus W3, g la turun cari bus korang." aku yang dah mcm red alert nih terus tergesa-gesa tarik pe patut sambil try tapis bontot2 orang yang menghalang jln aku.

gila ramai orang kat c2. macam musim cuti balik kampung je. aku dengan cara gila kalut terus amik bes ijau lumut aku kat tempat beg, dan cuba jalan laju sebab nmpk mamat W3 skali dengan aku macam rush kan. sampai terjatuh2 plastik roti aku. sian kau roti.

[Bus Mutiara W3]

tunjuk tiket.

letak beg.

naik.

(wah ramai orang)

jalan dengan ayu lagi sopan.

spot no seat.

GOTCHA!

yeay! pompuan! pompuan! pompuan!

(seat aku no 23 lane kanan)

toleh lane kiri.

mak aihhh

2 2 laki.

2 2 dah tidur.

bagus.

tengok seat.

kusi siap ada tempat letak betis.

aku letak betis aku.

xbest.

nak letak kaki kat tempat letak kaki macam biasa r.

tak sampai.

dak pompuan sebelah aku dah potpetpotpet.

nasib baik peramah dak nih. kata hati aku.

tapi dak tuh mmg terlebey peramah.

haha.

letih layan.

tapi okey lah. dari sonyap je kan.

main mesej dengan si tenggaroh. macam taw2 je ko kan bontot aku dah berpetak.
siyes letih naik bus nih ek.

nak2 kusi ala2 kusi rehat lorenzo xjadi tuh.

letih.

plus tangan lenguh.

hoho

tapi yang best bila bus jejak je jerteh, aku dah gile excited dah. tak sabor2.

bus benti betul2 bawah pokok depan 'padey bus'. kawasan famous jerteh.

aku turun dengan steady. cool. macho.

amik beg. pikul beg laptop. handbag (ececece handbag lah sangat)
berteduh di bawah pokok sebab ujan sikit2.

tiba2 aku terdegar, "duk bawah pokok kwsn burung jago2 dengey taik burung".

aku tersedar.

lari. menjauhi pokok.

scan.

TADAAAAA..!

hamik kau knini!

taik burung tepek kat tudung.

sial ko burung!

kerat burung tuh!

haha.

hadiah sempena kepulangan aku kan.

WELCOME HOME KNINI!

huaaaaaaaaaaaa

sekarang aku selamat berada di besut.

di rumah.

di bilik tercinta

bersama abang burn.

euuuuwwww

BAHAGIA!
notakaki: dak tenggaroh a.k.a yuni. puas hati? haha

notakakilagi: BFF? dlah, mekti. pe plan kite?

psttttt. xnak naik bus lagi boleh x? ( ; b

15 November 2009

ENTRI PANTAS

1. HAPPY BIRTHDAY buat semua yang lahir bulan november.
- che dila ady (alarm aku dah sound mlm tuh tp aku x igt nak msg..soriii)
- Ayah sue
- Mok mah
- ANI
- BB
- dan sape2 je HEPI BESDAY WEH!

2. SELAMAT BERCUTI!
- haaa.. layan lah cuti korang sehabis baik.

3. SELAMAT BER PRAKTIKAL
- nih di tujukan khas buat wawa yang akan start praktikal tulat. hahaha

4. SELAMAT MEMULUN!
- di tujukan khas tuk aku! huahua. esok start pulun chapter 1, 2, 3 research methodology aku.
- buat najah jugak. haha


notakaki: tiket pulang ke 24 nov. hoho. dengan apa. dengan BUS? hekhek. tak sabor den.

notakakilagi: pulang ke puncak kembali.

09 November 2009

maaf

maaf buat kau, kau, kau.

maaf
aku cuma insan biasa

maaf
aku cuma insan berperasaan

maaf
aku cuma meluahkan rasa

maaf
aku cuma berterus terang

maaf
aku cuma mengatakan kebenaran

maaf
aku cuba untuk mengelak
tapi xbisa

maaf
aku beremosi

maaf
aku tidak berniat untuk bertengkar

maaf
jika kau terasa

maaf

maaf

aku cuma aku.

maaf kan aku.



psttt. maaf, sila kira berapa kali maaf? ;)

08 November 2009

.tak dop mendo eh.

aku ada banyak benda untuk di perkata.

tapi titik permulaan nya tidak di jumpai.

susah.

sensitif.

touching.

ouch.

euwww.

kagum.

okay.

titik permulaan di jumpai.

mungkin.

benda 0:

nogori monang eh! dan aku SUKA! tipu ajo eh!

benda 1:

aku ada seorang teman dan teman ku sangat membuat aku kagum. dari pandangan mata kasar aku. kita. aku juga. sebolehnya tak mau mengalah dari segi apa. mereka cuba menjadi mereka yang mungkin bukan mereka. kadang-kadang. dan ada yang sentiasa. sesetengah mereka sahaja. tapi teman ini. semua tahu, teman ini 1 dari mereka yang terpilih. satu dari mereka yang mereka yang lain inginkan. tapi teman ini masih dengan sikap, cara, yang bukan seperti mereka yang terpilih itu. kagum aku melihat teman ini. semoga teman ini kekal begitu atau tidak mengalami anjakan yang drastik.

benda 2:

masih tentang teman. teman yang berbeda. dan menjadi semakin berbeda hanya kerna kita berbeda. sedih. kenapa anjakan yang di lakukan sangat drastik. sayang dengan akal yg di miliki teman itu. sayang dengan segala kelebihan yang di miliki teman itu. mungkin sedikit teguran, atau bimbingan dari teman lain di perlukan. tapi haru. macam mana nasihat atau bimbingan itu hendak di salurkan? hanya kerna episod lama yang cuba tidak di kenang dan di elakkan. geram untuk berkata-kata tapi susah untuk di luahkan. dan akhirnya?

benda 3:

aku terasa. ha haha. touching. kadang- kadang terasa diri semakin hipokrit. keikhlasan hati semakin berkurang. dan merapu-rapu. hipokrit bila terpaksa mengatakan ya kepada tidak dan tidak kepada ya. tak kisah kepada sesiapa pon. even kepada diri sendiri. walau orang masih berkata kita manusia memang tak boleh lari dari semua tuh. owh tapi kita masih boleh mengelak bukan? cuba tidak menjeratkan diri. ha ha. kalau berjaya. maaf bila anda nampak di kala saya terasa. salah saya. maafkan saya.

benda 4:

SITU. belog. blog. aku terfikir. aku blogger. anda mungkin juga blogger. aku menulis. anda juga menulis. aku membaca. dan anda juga membaca. jalan kita sama. melalui alternatif ini. cuma yang berbeda pengolahan kita. pengisian kita. pemikiran kita. aku terfikir lagi. kenapa kita suka apa yang kita baca itu (penulisan di SITU). ? dan kenapa kita tidak suka atau tidak bersetuju dengan apa yang kita baca? 1) kerna perbedaan kita. 2) kerna kita tahu kebenaran nya. 3) kerna kita mengetahui tersurat dan tersirat nya. 4) kerna kemarahan yang menguasai diri. 5) pengolahan yang tidak kena. 6) isi jawapan anda sendiri. blog. apa mau kisah jika kita berbeda. jika tidak mahu di kisah, usah di kisahkan di situ. sila cari 1 diary bermangga. insyaallah tidak akan di kisahkan. aku masih kagum dengan anda. dan tidak bagi anda yang lain. sungguh berbeda aku, anda dan anda. tapi kita di track yang sama. dan o w h k, aku sungguh suka menulis di kala aku marah. sungguh suka!

benda 5:

cemburu. pernah kah anda cemburu dengan aku dan aku cemburu dengan anda? ha ha ha. aku cemburu dengan anda. anda dengan kelebihan anda dan anda dengan kesenangan anda. dan mungkin kamu cemburu dengan aku jua. dan cemburu membimbing kepada satu lagi. meluat. kenapa perlu kita mengatakan itu ini tanpa berfikir 1 2 3 4 perkara lain sebelum itu ini. aku sering berbuat begitu dan mungkin anda anda jua. sengaja dan tidak sengaja. kita sering lupa dengan satu benda yang mungkin kesensitifan nya berbeda pada yang lain. dan kita alpa. apa yang penting. diri itu penting. lain lain, sana belakang kira. huh

benda 6:

faham aku. dan faham kamu. faham memahami. cuba untuk memahami segala situasi. cuba. cuba. hampir mencecah ke garis kejayaan. COPPPP! kenapa perlu aku memahami kamu jikalau kamu tidak berusaha sekuat aku untuk memahami kamu? aku berundur setapak kebelakang. dan menanti kamu memahami aku. dan sekarang. aku masih menanti.

benda 7:

susah kah menjadi aku. dan susahkah menjadi kamu. terfikir.

benda 8:

guna-gunaan. sekadar alat untuk dipergunakan. di simpan jika tidak diperlukan. di cari bila perlu. aku sering diperguna. dan aku juga sering mengguna. aku marah pada kamu yang mengguna tanpa sedar aku sebahagian dari kamu. jadinya, aku tetap marah! dan maaf buat kamu yang diperguna. aku tahu perasaan kamu. tapi maaf. aku cuba untuk tidak mengguna.

benda 9:

define ikhlas. teman ku pernah berkata tentang apa itu ikhlas? bagaimana kita mau menunjukkan keikhlasan da mereka menilai keikhlasan. dan bagaimana rupanya tidak ikhlas tuh? aku juga pernah berkata, apa aku tahu, ikhlas itu di mana aku melakukan sesuatu dengan sendiri tanpa paksaan dan hati yang rela. persoalan: ikhlas dan alasan jurang yang sangat senang di lihat. jadi tidak usah berkata aku ikhlas nih! mata di larikan ke arah lain dengan muka ketat seperti memaki corset. ikhlas nya.

benda 10:

define sahabat. sahabat gimana yang boleh kita panggil sahabat? sahabat. sahabat.

benda 11:

define bangga. define riak. kadang-kadang, terasa, haishh riak nya kamu. bangga diri. kecoh. dan kini. bila terpalit kat aku, terasa, haaaaaa padan muka kamu dulu bangga, riak, kecoh. jahat aku. dalam tak sedar aku juga riak, aku juga bangga diri. dan aku juga kecoh. sedar dah?

benda 12:

sedar kah aku? sedar kah anda? sedar kah aku masa dah meninggalkan aku kerna benda2 ini? dan sedar kah anda masa dah meninggalkan kamu kerna benda-benda ini? sedarlah! aku tengah hentahhapahapamenulisapasajayangterlintasdikepalaotakakuini. ha. sedar?


benda sebenar:

serabut! aku serabut! mama nak potong rambut! rambut dah panjang melebihi telinga dari sisi tepi, melebihi mulut dari pandangan depan. dan melebihi tengkuk dari pandangan belakang. serabut!


notakaki: akusangatsangatsangatgeram.heh. cool blog tidak berjaya meng COOL kan saya.


notakakilagi: muhammad kamar khalillullah?

notakakilagilagi: test negotiation 9nov. jumpa awek spa-q. sungguh aku sedang berharap kepada sesuatu yang aku tahu tidak mungkin terjadi. wohh! tak suka!

04 November 2009

selamat datang adik!

november, 3 2009

selepas maghrib, sebelum isyak

bertempat di wad bersalin hospital universiti sains malaysia kubang kerian

lahirlah seorang adik buat seorang abang

sekaligus seorang anak dan juga putera ke-2 buat sepasang suami isteri

dan cucu ke-2 buat 2 buah keluarga

dan anak sedara ke-2 buat aku jua.

selamat datang ke dunia wahai si bayi.

selamat datang ke Ks.

selamat datang.

semoga gagah perkasa.

walau pun berat beliau cuma 2.94 kg.

jadilah kan.



tak sampai sejam selepas di lahirkan.


1hari

pstttt. tengok hidung copy paste idung aku tuh. hahahahaha

notakaki: insyaallah bayi seterusnya kompem pompuan! tahniah kcd n kak T

notakakilagi: saya tak sabar nak balik. kasi kansel itu dating dengan awek spa-q boleh ka?